Monday, October 13, 2014

Jantung berdegup

seringkali kencang bukan seperti biasa

otak berjalan

berfikir, tak fokus

andai aku pejam mata

aku takut aku tak mampu bangun lagi

aku diuji

dengan tanggungkawab, masa, Iman & nafsu

aku tak mampu menangis di hadapan manusia

hanya pada Dia sahaja

jantung masih berdegup

masih kencang

nafas deras

bukan mengeluh

penat barangkali

ya, mungkin aku penat

sebab aku bukan robot

aku manisia

aku hamba

aku hamba lemah

aku hamba yang jahat pada Penciptanya

Taubat

Al quran

Istighfar

Zikir

salah satu penawarnya

Doa

Hadiahkan doa buat kita semua

Moga diriku dan kamu semua baik baik saja

Moga Allah redha...






Sunday, October 12, 2014

sedikit nasihat

berfesyen tu biar berpada-pada,
jangan ter-over,
jangan nak nampak cantik semata.
tak kemana pun.
kadang hati ni,
nak terikut gak bila mata dok tengok orang berfesyen ni.
ada yg baju labuh,
tudung labuh tutup dada,
tapi tang kaki skinny punya seluar. (cantik tapi tak molek la..)
ada yg baju dimasuk dlm seluar,
tudung pendek, seluar skinny. (nyampah tengok bila baju masuk dlm seluar!..)
ada yg baju belah dalam pendek,
pakai cardigan labuh, seluar skinny, berkasut.
ada yg pakai tudung belah belakang berbonggol (aku takleh terima yg ni. tang mana yg lawa pun taktau)
dan bermacam lagi lah…
nak kata aku perfect— memang kelaut.
tapi ni pandangan sendiri.
macam aku cakap, nak berfesyen tu biar berpada.
mohon dijauhkan rasa yg tak baik baik,
dan benda yg boleh meng-aibkan diri sendiri.
biarlah nampak selekeh.
dari dok terikut fesyen yg macam ke-baratan ni.

note to myself too

*senyumsikit

Wednesday, October 8, 2014

salam aidiladha

assalamualaikum w.b.t

as usual, anda semua sihat? kalau sihat alhamdulillah. if not syafakillah ^^ . xpa sakit tu kan penghapus dosa. rasanya dah sebulan lbih kot x bukak blog ni. maklumlah dh masuk U. hehe. alhamdulillah rezeki dapat sambung degree kat UiTM Shah Alam nu. Shakwa dpt kos biomolekul. awal2 xtau gak kos apabenda tu. Tapi bila dah blajaq bole la tau sikit2. Kos ni bagi shakwa agak mencabar gak ah. Jujur ni jujur shakwa nak kata kalau malas study memang ppeeiii aah. Shakwa ni dah la pemalas kaw2 pnya. Study jnis last minute. taktau lah nanti2 ni cmna. huhu. Sekarang ni dalam proses struggle utk first test. fuhh.. macam takut je.

    Utk pengetahuan anda semua, sekarang shakwa tgh cuti sem. Seminggu ja, x lama mana pom. Dia p sambung skali ngn raya haji. Macam x aci ja nohh.. Nnti abg2 balik lagi cuti sem depa. Tinggallah aku sorg yg tgh berjuang kat u ni. La ni baru ja hbis download semua kertas2 pastyear subjek2 yg shakwa rasa susah. Hakikatnya semua susah. huhuhuhu..nak buat macam mana. struggle jlah. Tapi tak pa. Shakwa slalu igt yg Allah sntiasa ada bersama walau d mana jua. "When Allah bring you into it, He will bring you trough it". haaa.. paham dak tuh. mendalam jugak maksud ayat tu. so, enjoy your life as a slave of Allah okay. ^^

   Sejujurnya, shakwa sebenarnya sedang hidup dalam ketakutan ni. Hidup dekat U ni memang menakutkan. Bukanlah tujuan nak menakutkan hampa semua yg bakal masuk U ni. bukann.. bukan lagutu.. Maksud shakwa, hidup kat sini x leh longley2 dah mcm kat matrik ka skolah mnengah dulu. Dekat sini semua benda kena buat sendiri, klau kita sendiri x bole nak berdikari, asyik nak harap kat kawan2 n mak ayah ja,, ketinggalan lah jawabnyaa.. Klau dulu lab report sorg siap, satu class copy hat dia.. kat sini xdah dahh. hang copy ja markah hang zero lah jawabnya. fuhh.assignment buat online. Lagilah menyusahkan. Nak study ka apa semua online. Maklumlah teknologi dah maju.

   Setakat ni, classmate aku semuanya best2 lagi. Room mate pon best jugak lah. sebab dah kenal waktu matrik. Harap2nya best lah sampai habis 3 tahun ni InsyaAllah. Yang x bestnya class rep aku tu. Aku xtaulah apa masalah dia yg langsung x friendly dgn org tu. Bajet hnsem kot. arrghh. biaqlah kat dia. Yg gigirlicious ni semua superb. xde masalah. Alhamdulillah. Kami semua stakat ni sentiasa sehati sejiwa ja. P mana2 semua skali. Solat pon sekali. hahaha. Moga ukhuwah kita smua x kan putus walau diranjau onak berduri okay. hahaha.

  Haa.. kat sini ada jugak student2 yg dah berkahwin. kadang2 tu jeles lah jugak tengok suami depa mai jemput lepas habis class. huhu. teringin la jugak kdg2 tu kan. xpa. Nanti hari aku pulak insyaallah. hihi. 

aduhh. kelaparan nih. perut asyik bunyi ja. :(
so, setakat ni jlah kot. nanti kalau  rasa nak tulis lagi shakwa tulis lagi okay.
jangan lupa sentiasalah beristighfar walau d mana kita berada,
sekarang ni banyak sangt kematian mengejut. budak2 muda plak tu,
budak U aku dah dua org. hmm. innalillahiwainna ilaihiraaji'un
xpa lah, doa supaya kita dimatikan dalam keadaan yg husnul khatimah. ameen


NAK MAKAN GULAI DAGING QURBAN !! 

k bye

assalamualaikum warahmatullah

selamat hari raya
selamat study
selamat bertest
btw, 22.9 haritu bestday ayah titew. semoga ayah dberi kesihatan n dmurahkan rezeki utk sntiasa berbakti dan beribadah kpd Allah. ameen





Saturday, August 9, 2014

salam aidilfitri

assalamualaikum sahabat pembaca yg setia. eceh. *perasan sat.
mintak maaf lah dah lama shakwa x bkak belok ni walaupun xlah nmpak habok pon kan. Seblum tu shakwa nk mintak maaf zahir batin kat smua umat mnusia yg sdg mmbaca ni yer. Hari ni hri sabtu, brsamaan syawal ke 13. 2435H kan. Betul la kot. harap2 dengan setiap peluang kedua yg sntiasa d beri oleh Allah tdak kita sia2kan dgn bnda2 laghaa nah. Shakwa ni pon mnusia biasa gak xpnah tlepas dri buat ksilapan. oleh itu nasihat shakwa sentiasalah beristighfar d stiap waktu. mudah2han taubat kita d trima Allah. ameen ^_^

   Okay. semalam rumah kami buat open house. ni kali yg kedua dah. yg fidst time buat haritu wktu raya ke 4. Di khaskan utk adik bradik nsdara mara yg tdekat ja. Yang semalam lak buat utk kwan2 kluarga kami. kawan2 mak ayah abg adik smualah. Tapi.. yg paling sedih kawan ana sorang pon x dpt hadir baik lelaki moupun pompuan =( feeling tu sad lah jgak kan. tapi shakwa x kesah. maybe depa ad sbb yg munasabah utk tdak hadir kot. KOT. takpa. kalian dmaafkan. chill !

Kan dah mntak maaf zahir batin. tak kan nk marah lagi kan.

Harini 9 hb. 12hb ni kluar result upu lak. tak sabonyer nk tau aku dpt u mana. Harapnya ak dpt U n course yg terbaik utk msa dpan aku. Juga x lupa buat kengkawan sahabat yg lain gak. Ingat ! perancangan Allah itu adlah yg terbaik wlopun kita x dapat ap yg kita nak okay.

Rasanya tu jelah kot ap yg ingin dsampaikan. Harap maaf utk sebarang typo atau terkasar bahasa yer. slamat hari raya maaf zhir wa batin. Raya2 jgak ibadat jgn lupa. Zikrullah jgn pernah tinggal okay. Doakan kejayaan shakwa fid dunya wal akhirah. Shakwa pon xpnah lupa utk doakan kjayaan shabat2 sndri. marilah berhijrah ke arah yg lebih baik !

assalamualaikum warahmatullah

senyum sikit

Wednesday, May 14, 2014

DM DARI ALLAH

Saat engkau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada-KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapat-KU atau bersyukur kepada- KU atas sesuatu hal yg indah yg terjadi dalam hidupmu hari ini mahupun kelmarin…
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja…. AKU terus setia menanti saat engkau sedang bersiap, kerana AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti seketika dan menyapa AKU. Tetapi AKU kecewa, engkau terlalu sibuk hingga langsung tiada waktu untuk AKU.
Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepada-KU, tetapi ternyata engkau berlari ke telefon lalu menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja, dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu, AKU berfikir engkau terlalu sibuk hingga tiada waktu langsung untuk mengucapkan sesuatu kepada-KU.
Sebelum makan siang, AKU melihatmu memandang sekeliling. Mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada-KU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja di sekitarmu, dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut nama-KU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yg AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukan hal yg sama.
Namun AKU yakin masih ada waktu yg tersisa, dan AKU tetap berharap engkau akan berbicara kepada-KU, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yg harus engkau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan tv, menghabiskan banyak waktu terluangmu setiap hari di depannya tanpa memikirkan apapun, dan hanya menikmati program-program yg dipaparkannya. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton tv sambil menikmati makananmu, dan engkau juga kembali tidak berbicara kepada-KU.
Saat engkau mahu tidur, AKU berfikir engkau merasa terlalu penat dan lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada ahli keluargamu, AKU melihat engkau terus melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun menyebut nama-KU walaupun engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir untukmu.
Sesungguhnya AKU telah bersabar lebih lama dari yg engkau sedari. AKU bahkan ingin mengajar engkau bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu. Tiada apa mahu AKU dengarkan dari engkau melainkan sepatah kata, do’a, fikiran, atau syukur dari hatimu, yg setiap harinya AKU nantikan.
Keesokan harinya, engkau bangun kembali dari tidur seperti biasa, & AKU juga kembali menanti dgn penuh kasih bahawa hari ini engkau akan meluangkan sedikit waktu untuk menyapa-KU .Tetapi apa yg AKU tunggu dan harapkan itu tetap juga tak kunjung tiba. Seperti hari-hari sebelumnya, engkau tetap juga tidak menyapa AKU.
Subuh…. Zuhur…. Asar…. Maghrib …. Isya’…. dan Subuh kembali, tetapi engkau masih tidak mempedulikan AKU. Tidak ada sepatah kata, tidak ada ucapan do’a, tidak ada rasa, tidak ada harapan, dan juga langsung tidak ada keinginan untukmu bersujud kepada-KU.
Boleh AKU tahu, apa salah AKU pada engkau??? Rezeki yg AKU limpahkan, kesihatan yg AKU berikan, harta yg AKU relakan, makanan yg AKU hidangkan, anak-anak yg AKU rahmatkan… Apakah semua ini tidak membuat engkau ingat kepada AKU???
Percayalah, AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat nanti engkau akan menyapa AKU, memohon perlindungan dari AKU, dan bersujud menghadap AKU, kerana sesungguhnya engkau harus tahu dan yakin, AKU lah yg selalu menyertaimu setiap saat di waktu susah senangmu…

love is .











Kita tidak perlu takut untuk mati, 

sebab mati itu pasti akan kita alami. 

Yang harus kita takuti, ialah apa yang akan kita bawa setelah mati. 

Jadikanlah takut mati sebagai motivator atau pendorong buat kita 

untuk berlumba dalam melakukan kebajikan dan kebaikan. 

Takut kepada kematian adalah biasa dan dialami oleh hampir semua manusia. 

Perlu diingatkan, rasa takut akan mati itu haruslah dijadikan peringatan buat diri 

supaya sentiasa mengejar melakukan kebaikan 

demi mengumpul bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke akhirat kelak. 

Ya Allah, redhailah daku selama aku bernafas di dunia ini.






tok...

ingat lagi waktu tu aku ditugaskan oleh ayah aku untuk jaga tok kat hospital.
aku ngan sepupu aku, aini.
waktu tu akuu tengah cuti sem dua minggu ja.
matrik.
sehari ja aku jaga tok.
tok sakit kencing manis.
dah lama kot. 
ingat lagi aku ngn aini papah tok gi toilet.
tok cakap nak buang.
tapi x sempat. adushh..
takpa. kenalah bersihkan.
takdak bau pon. 
ingat lagi aku bagi makan tok.
selimutkan tok.
waktu dokter mai bilik tok. dokter tanya macam2.
dok jawab steady ja. 
dokter check kadar gula tok makan haritu.
18
dokter cakap tinggi.
tok kna kurangkan mkn bnda manis
x silap aku tadi tok minum teh ais aku.
dia teringin. dia mintak sikit.
aku bagi ja. kesian tok.
tok selalu tanya dokter
"mak cik dah bole balik dah kot noh.
mak cik dah sihat dah"
dokter ckp x bole lagi. tok sakit lagi.
aku senyum. tapi dlm hati menangis. 
kesian tok. 
petang tu ramai ja sedara mara mai melawat tok.
bawak mcm2 buah tgn.
tok sruh buat ayaq. haha. tok ni.
macam dok rumah sndri lak. 
memang tok akan rasa mcm rumah sendiri pon.
ayah kasi tok duduk bilik vvip.
dah macam hotel. kelengkapan semua cukup.
x rasa macm dok hospital.
ayah cakap masa ni la kita nak layan mak ayh kita elok2.
apa depa mintak. jangan tangguh. bagi ja.
toksah pikiaq banyak..
bila lagi nak berbakti dekat org tua kita.
aku jaga tok sehari tu ja.
berapa hari lpas tu tok dah sihat sikit.
dokter dah bagi tok balik rumah.
wan dah rindu tok. wan x boleh hidup kalo xdak tok.
hmm..
berapa hari lepas tu jugak aku dah balik matrik.
johor. jauh.
yang aku ingat waktu jaga tok tu lah last aku jumpak tok.
...
sekarang tok dah "pergi"..
berehat buat selama-lamanya..
waktu the day tok "pergi"..
aku kat matrik. x balik
kebetulan semua adik beradik aku enam2 org cuti.
so, semua ada kat rumah.
..
first, aku call mak. nak tanya pasal balik nanti.
mak tak angkat.
waktu dekat lab kimia..
mak call balik.. 
aku x bole jawab lah. cikgu kat depan.
so, mak mesej aku tanya pasaipa..
"mak kat spital ni, tok tengah kritikal, kakwa ada apa ?" 
aku ckp nak tanya pasal urusan nak balik last nanti lah. 
"kalau mak buzy nanti kkwa tnya lain ".
"ok, nanti mak bincang ngn ayah dulu, mak bagitau lain."
...
tak lama lepastu aku dpt msej lagi dari mak.
"kakwa, tok dah kembali ke rahmatullah, sedeqahkan al-fatihah"

speechless

aku xtau nak rasa apa. macam xdak perasaan.
lama2 sikit. aku rasa terkejut.
x caya apa yg dah berlaku. rasa nak nangis
sedih yg amat. aku mintak tisu kat zariha sebelah aku.
x tahan dah. baru nak sedar.
get down from the chair, bercangkung kat lantai.
menangis dah aku dlm lab tu.
"mata ko merah la shakwa". diyana bagitau
aku tau. aku suruh diyana bagitau budak2 kelas aku.
suruh sedeqahkan al-fatihan utk tok aku.
aku x blajar kimia haritu.
nasib baik revision ja.
penting jugak tu. nak buat cmna. air mata nak keluar.
nangis jelah. teringat waktu jaga tok.
..
kakwa rindu tok
..
ayah msej "harini ayah jadi orang paling sabar"
nangis lagi aku.
kesian ayah. mak ayah dah meninggal.
mesti ayah sedih gila.
..
sekarang aku tengah cuti..
dah habis matrik.
semalam pi melawat kubur tok.
sayu.
dekat batu nisan terukir "HAJJAH CHIK BT TAIB"
tanah tu dah kering. dah berminggu2 dah.
kubur tok yang paling baru. sbb 2014..
ada rumput2 kecil tumbuh.
aku, mak, ayah, kon sedekahkan al-fatihah dekat tok.

tok..

dengar cita wan nak kawin lagi.
nak ganti tok.
wan sunyi.
haru jugak ayah n adik beradiknya dok pikiaq.
huhu. cepat sangat.
macam lawak.
memang lawak. tapi aku faham.
xpa wan. 
macam mana pon hidup mesti diteruskan.

semoga tok ditempatkan dalam kalangan org2 beriman.
al-fatihah..

Thursday, May 8, 2014

ikhlas



Mahu menjadi seperti hujan.

Dia ikhlas.

Tetap menjatuh tanpa pernah tahu tempat yang bersambut.

Mungkin jatuh pada batu yang keras,
 
mungkin pada tanah yang empuk, 

atau mungkin pada duri yang mencucuk.

Pada ikhlas itu, 

dia bebas.

Tips Mudah Bertemu Jodoh


Sempena hari Jumaat Sayyidul Ayyam ini, 

perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebanyak-banyaknya..

Malah jauh lebih banyak daripada menaip & post gambar dengan harapan bertemu jodoh..

Selawat tak banyak mana..

Dzikir tak larat pula..

Baca Facebook lebih kerap dari baca Al Quran..

Baca post Facebook lebih lama dari baca Al Quran..

Renung skrin upload gambar & update status lebih khusyuk dari solat sunat..

Doa minta jodoh lebih banyak daripada doa minta ampun dosa..

Maka jika dapat jodoh sekalipun,

Agak-agak dapat jodoh yang bagaimana..?

Yang cinta Allah & Rasulullah صلى الله عليه وسلم atau

Yang cinta Facebook..?

Katamu nak bercinta sampai Syurga..?

Eh? Benarkah bagai dikata..?

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم وبارك عليه أجمعين..

Maaf terasa diri ini memang tepat sekali

Bagaimana kamu, begitulah bakal zauj / zaujah mu.

selamat beramal ! -shakwa-

Mari belajar bahasa syurga ! :’)


1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i’m really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa’iza ‘azamta fatawakkal’alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa’ - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza’ - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-‘izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu ‘alal khair - selamat malam
32. Na’am - Ya
33. yallah yallah bisura’h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai’e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami “

kata ustazah shakwa

perempuanpecintalangit:

Kata ustazah :
"Kita bakal kahwin dengan 3 jenis orang."
>Siapa dia yang kita kenal.>Siapa dia sebenarnya.>Siapa dia jadi selepas kahwin dengan kita.
Kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main,Macam main anak patung,Bila suka dicari,Bila bosan ditinggal mati.

Kata ustazah :

"Kita bakal kahwin dengan 3 jenis orang."

>Siapa dia yang kita kenal.

>Siapa dia sebenarnya.

>Siapa dia jadi selepas kahwin dengan kita.

Kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main,

Macam main anak patung,

Bila suka dicari,

Bila bosan ditinggal mati.

(via gadistukangkebun)

the miracles of al-mulk

miracleofmystory:

Ada diceritakan di dalam al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al-Mulk. Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal.Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati. Malaikat berkata “ya ahlul kitab.Aku kenal kamu. Kamu al-Mulk. Kenapa kamu datang ke sini?”Seraya al-Mulk menjawab “Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku. Aku sebati di dalam kerongkong manusia ini. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.”Malaikat menjawab, “Wahai al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.”Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.”Wahai Allah. Aku adalah kitab-Mu. Aku mahu melindungi manusia itu. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dari Al-Quran MU.”Maka Allah memberi keizinan kepada al-Mulk.Terus al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut.Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia itu.al-Mulk menjerit dengan gerunnya,“Ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!!(malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.”

Ada diceritakan di dalam al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan 
surah al-Mulk. 
Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal.
Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi 
wajah si mati. 

Malaikat berkata “ya ahlul kitab.
Aku kenal kamu. Kamu al-Mulk. Kenapa kamu datang ke sini?”

Seraya al-Mulk menjawab 
“Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku. 
Aku sebati di dalam kerongkong manusia ini. 
Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.”

Malaikat menjawab, 
“Wahai al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.”

Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.
”Wahai Allah. 
Aku adalah kitab-Mu. Aku mahu melindungi manusia itu. 
Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dari Al-Quran MU.”

Maka Allah memberi keizinan kepada al-Mulk.

Terus al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut.

Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia itu.

al-Mulk menjerit dengan gerunnya,
“Ya malaikat! pergi kau dari sini! 
Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!!

(malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat. 
Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur. 
Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.”

subhanallah..

rozizarina:

Ciri WANITA PILIHAN muslimah cantik bukan dari fizikalnya semata mata, tapi dinilai dari hati, akhlak dan perbuatannya.
Maka sungguh suatu kebodohan bagi siapa saja yang mengejar kecantikan atau ketampanan wajah dan rela meninggalkan orang yang mempunyai kecantikan atau ketampanan hati yang jauh lebih abadi.
Ciri WANITA PILIHAN 
muslimah cantik bukan dari fizikalnya semata mata, 
tapi dinilai dari hati, 
akhlak dan perbuatannya.
Maka sungguh suatu kebodohan bagi siapa saja yang mengejar kecantikan atau ketampanan wajah dan rela meninggalkan orang yang mempunyai kecantikan atau ketampanan hati yang jauh lebih abadi.

Kalau rindukan seseorang…

First:

Kalau rindu orang tu,

letak tangan dekat dada.

Baca al-Fatihah.

Sambil ingat orang tu,

InsyaAllah terubat rindu.

Dan orang yang kita rindu tu, tahu kita rindu dia.

Second:

Duduk dekat luar.

Tengok bintang-bintang,

Pandang je bintang tu.

Dalam hati, ingat orang yang kita rindu.

Jap lagi, terbayang wajah orang tu dekat langit yang gelap, penuh dgn bintang..



aku copypaste ja dari org. xtau lah btul ke tidak. dengan izin Allah. insyaAllah
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.. 

Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini.

 Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan dan kekuatan yang ada pada kita. 

Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya dengan cinta kepada Illahi

Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah jatuh pada satu ujian yang diberiNya

Jika kita jatuh hari ini,bangunlah. Jangan pernah dikesalkan.

kerana hari ini mengajar kita tentang hari esok,

agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih mengingatiNya 

pada perjalanan kita yang seterusnya.

Insyaallah. :)

DEAR SELF, LA TAHZAN

Hati..
Bahagian paling sukar difahami. Bila bibir mengukir senyum, belum tentu dia bahagia. Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.
Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya. Kadang terhegeh mencari ruang. Menebar rasa yang lama terpendam. Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam. Belum sembuh, barangkali.
 Jiwa..
Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula. Perit lagi ya?Jangan kau simpan diam-diam dalam dada. Luahkan. Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama. Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.
Sukar kan. Memapar senyum. Membalas tawa. Saat diri terbenam dalam duka. Kau sendiri pernah rasa kan?
Kerana itu. Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang. Kita, jangan sesekali hina hidup orang. Jatuh bangun dia. Naik turun dia.
Cuma Allah tahu. Dia struggle 24am sikit pun kita tak pernah tahu. Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah. Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia. Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.
 Dulu, pernah ada yang kata,
 “Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”
Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan. Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.
Puas. Kau akan puas. Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang. Sungguh, Dia pasti memberikan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,
 “Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.
Satu benda kau kena faham.
Satu benda.
Kita ini, bukan kuat mana.
Bukan tabah mana.
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. Cari Tuhan.
Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,
“Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? ”
“Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.”
Moga nanti kan kau fahami.
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga  jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ;
Syurga.
“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]
………………
Kekal tegar ya,
Moga Allah menjaga.:)

Jalan tuk berubah tu susah..

Tak pernah mudah..

 terkadang tergelincir dari laluanNya..

terkadang tersasar dari jalan Nya..

Dugaan demi dugaan datang untuk melihat kukuh kah hati ini?

 teguhkan Iman ini? …

 goyahkan diri ini ?..

Ya ! saya manusia yang tak pernah lengkap,

hati ini mencari redha Nya..

mencari ketenangan..

Saya tahu ini dugaan Allah SWT untuk saya..

untuk menilai adakah saya berubah terpaksa ?

adakah saya benar - benar redha dengan semua yang berlaku ?…

ternyata ada yang belum saya Redha..

Saya perlu berdepan dan bersabar dengan semua ini..

ya Allah bantulah..
dan

bukan semua orang ada ayah yang soleh.

bukan semua orang ada ibu yang solehah.

bukan semua orang ada abang yang mengambil berat.

bukan semua orang ada kakak yang penyayang

bukan semua orang ada adik yang supportive.

bukan semua orang ada keluarga sakinah. 

dan kamu yang punya mereka,

tiada bersyukur. 

atau mungkin, 

kamu bermegah di depan mereka yang tidak memiliki mereka yang seperti keluarga kamu.

kamu megah sampai kamu tak sedar,

mereka iri.

mereka sedih.

mereka teringin berada ditempat kamu.

merasa sebuah keluarga yang dibina atas landasan syariat Tuhan.

sungguh,

andai kamu peduli tentang sahabatmu yang punya keluarga yang bukan seperti kamu.

tolong.

jangan menunjuk - nunjuk didepan mereka.

kamu tak tahu perasaan sakit tu. 

sakit.

amat.

hawa. take note