Monday, October 13, 2014

Jantung berdegup

seringkali kencang bukan seperti biasa

otak berjalan

berfikir, tak fokus

andai aku pejam mata

aku takut aku tak mampu bangun lagi

aku diuji

dengan tanggungkawab, masa, Iman & nafsu

aku tak mampu menangis di hadapan manusia

hanya pada Dia sahaja

jantung masih berdegup

masih kencang

nafas deras

bukan mengeluh

penat barangkali

ya, mungkin aku penat

sebab aku bukan robot

aku manisia

aku hamba

aku hamba lemah

aku hamba yang jahat pada Penciptanya

Taubat

Al quran

Istighfar

Zikir

salah satu penawarnya

Doa

Hadiahkan doa buat kita semua

Moga diriku dan kamu semua baik baik saja

Moga Allah redha...






Sunday, October 12, 2014

sedikit nasihat

berfesyen tu biar berpada-pada,
jangan ter-over,
jangan nak nampak cantik semata.
tak kemana pun.
kadang hati ni,
nak terikut gak bila mata dok tengok orang berfesyen ni.
ada yg baju labuh,
tudung labuh tutup dada,
tapi tang kaki skinny punya seluar. (cantik tapi tak molek la..)
ada yg baju dimasuk dlm seluar,
tudung pendek, seluar skinny. (nyampah tengok bila baju masuk dlm seluar!..)
ada yg baju belah dalam pendek,
pakai cardigan labuh, seluar skinny, berkasut.
ada yg pakai tudung belah belakang berbonggol (aku takleh terima yg ni. tang mana yg lawa pun taktau)
dan bermacam lagi lah…
nak kata aku perfect— memang kelaut.
tapi ni pandangan sendiri.
macam aku cakap, nak berfesyen tu biar berpada.
mohon dijauhkan rasa yg tak baik baik,
dan benda yg boleh meng-aibkan diri sendiri.
biarlah nampak selekeh.
dari dok terikut fesyen yg macam ke-baratan ni.

note to myself too

*senyumsikit

Wednesday, October 8, 2014

salam aidiladha

assalamualaikum w.b.t

as usual, anda semua sihat? kalau sihat alhamdulillah. if not syafakillah ^^ . xpa sakit tu kan penghapus dosa. rasanya dah sebulan lbih kot x bukak blog ni. maklumlah dh masuk U. hehe. alhamdulillah rezeki dapat sambung degree kat UiTM Shah Alam nu. Shakwa dpt kos biomolekul. awal2 xtau gak kos apabenda tu. Tapi bila dah blajaq bole la tau sikit2. Kos ni bagi shakwa agak mencabar gak ah. Jujur ni jujur shakwa nak kata kalau malas study memang ppeeiii aah. Shakwa ni dah la pemalas kaw2 pnya. Study jnis last minute. taktau lah nanti2 ni cmna. huhu. Sekarang ni dalam proses struggle utk first test. fuhh.. macam takut je.

    Utk pengetahuan anda semua, sekarang shakwa tgh cuti sem. Seminggu ja, x lama mana pom. Dia p sambung skali ngn raya haji. Macam x aci ja nohh.. Nnti abg2 balik lagi cuti sem depa. Tinggallah aku sorg yg tgh berjuang kat u ni. La ni baru ja hbis download semua kertas2 pastyear subjek2 yg shakwa rasa susah. Hakikatnya semua susah. huhuhuhu..nak buat macam mana. struggle jlah. Tapi tak pa. Shakwa slalu igt yg Allah sntiasa ada bersama walau d mana jua. "When Allah bring you into it, He will bring you trough it". haaa.. paham dak tuh. mendalam jugak maksud ayat tu. so, enjoy your life as a slave of Allah okay. ^^

   Sejujurnya, shakwa sebenarnya sedang hidup dalam ketakutan ni. Hidup dekat U ni memang menakutkan. Bukanlah tujuan nak menakutkan hampa semua yg bakal masuk U ni. bukann.. bukan lagutu.. Maksud shakwa, hidup kat sini x leh longley2 dah mcm kat matrik ka skolah mnengah dulu. Dekat sini semua benda kena buat sendiri, klau kita sendiri x bole nak berdikari, asyik nak harap kat kawan2 n mak ayah ja,, ketinggalan lah jawabnyaa.. Klau dulu lab report sorg siap, satu class copy hat dia.. kat sini xdah dahh. hang copy ja markah hang zero lah jawabnya. fuhh.assignment buat online. Lagilah menyusahkan. Nak study ka apa semua online. Maklumlah teknologi dah maju.

   Setakat ni, classmate aku semuanya best2 lagi. Room mate pon best jugak lah. sebab dah kenal waktu matrik. Harap2nya best lah sampai habis 3 tahun ni InsyaAllah. Yang x bestnya class rep aku tu. Aku xtaulah apa masalah dia yg langsung x friendly dgn org tu. Bajet hnsem kot. arrghh. biaqlah kat dia. Yg gigirlicious ni semua superb. xde masalah. Alhamdulillah. Kami semua stakat ni sentiasa sehati sejiwa ja. P mana2 semua skali. Solat pon sekali. hahaha. Moga ukhuwah kita smua x kan putus walau diranjau onak berduri okay. hahaha.

  Haa.. kat sini ada jugak student2 yg dah berkahwin. kadang2 tu jeles lah jugak tengok suami depa mai jemput lepas habis class. huhu. teringin la jugak kdg2 tu kan. xpa. Nanti hari aku pulak insyaallah. hihi. 

aduhh. kelaparan nih. perut asyik bunyi ja. :(
so, setakat ni jlah kot. nanti kalau  rasa nak tulis lagi shakwa tulis lagi okay.
jangan lupa sentiasalah beristighfar walau d mana kita berada,
sekarang ni banyak sangt kematian mengejut. budak2 muda plak tu,
budak U aku dah dua org. hmm. innalillahiwainna ilaihiraaji'un
xpa lah, doa supaya kita dimatikan dalam keadaan yg husnul khatimah. ameen


NAK MAKAN GULAI DAGING QURBAN !! 

k bye

assalamualaikum warahmatullah

selamat hari raya
selamat study
selamat bertest
btw, 22.9 haritu bestday ayah titew. semoga ayah dberi kesihatan n dmurahkan rezeki utk sntiasa berbakti dan beribadah kpd Allah. ameen





Saturday, August 9, 2014

salam aidilfitri

assalamualaikum sahabat pembaca yg setia. eceh. *perasan sat.
mintak maaf lah dah lama shakwa x bkak belok ni walaupun xlah nmpak habok pon kan. Seblum tu shakwa nk mintak maaf zahir batin kat smua umat mnusia yg sdg mmbaca ni yer. Hari ni hri sabtu, brsamaan syawal ke 13. 2435H kan. Betul la kot. harap2 dengan setiap peluang kedua yg sntiasa d beri oleh Allah tdak kita sia2kan dgn bnda2 laghaa nah. Shakwa ni pon mnusia biasa gak xpnah tlepas dri buat ksilapan. oleh itu nasihat shakwa sentiasalah beristighfar d stiap waktu. mudah2han taubat kita d trima Allah. ameen ^_^

   Okay. semalam rumah kami buat open house. ni kali yg kedua dah. yg fidst time buat haritu wktu raya ke 4. Di khaskan utk adik bradik nsdara mara yg tdekat ja. Yang semalam lak buat utk kwan2 kluarga kami. kawan2 mak ayah abg adik smualah. Tapi.. yg paling sedih kawan ana sorang pon x dpt hadir baik lelaki moupun pompuan =( feeling tu sad lah jgak kan. tapi shakwa x kesah. maybe depa ad sbb yg munasabah utk tdak hadir kot. KOT. takpa. kalian dmaafkan. chill !

Kan dah mntak maaf zahir batin. tak kan nk marah lagi kan.

Harini 9 hb. 12hb ni kluar result upu lak. tak sabonyer nk tau aku dpt u mana. Harapnya ak dpt U n course yg terbaik utk msa dpan aku. Juga x lupa buat kengkawan sahabat yg lain gak. Ingat ! perancangan Allah itu adlah yg terbaik wlopun kita x dapat ap yg kita nak okay.

Rasanya tu jelah kot ap yg ingin dsampaikan. Harap maaf utk sebarang typo atau terkasar bahasa yer. slamat hari raya maaf zhir wa batin. Raya2 jgak ibadat jgn lupa. Zikrullah jgn pernah tinggal okay. Doakan kejayaan shakwa fid dunya wal akhirah. Shakwa pon xpnah lupa utk doakan kjayaan shabat2 sndri. marilah berhijrah ke arah yg lebih baik !

assalamualaikum warahmatullah

senyum sikit

Wednesday, May 14, 2014

DM DARI ALLAH

Saat engkau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada-KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapat-KU atau bersyukur kepada- KU atas sesuatu hal yg indah yg terjadi dalam hidupmu hari ini mahupun kelmarin…
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja…. AKU terus setia menanti saat engkau sedang bersiap, kerana AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti seketika dan menyapa AKU. Tetapi AKU kecewa, engkau terlalu sibuk hingga langsung tiada waktu untuk AKU.
Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepada-KU, tetapi ternyata engkau berlari ke telefon lalu menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja, dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu, AKU berfikir engkau terlalu sibuk hingga tiada waktu langsung untuk mengucapkan sesuatu kepada-KU.
Sebelum makan siang, AKU melihatmu memandang sekeliling. Mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada-KU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja di sekitarmu, dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut nama-KU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yg AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukan hal yg sama.
Namun AKU yakin masih ada waktu yg tersisa, dan AKU tetap berharap engkau akan berbicara kepada-KU, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yg harus engkau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan tv, menghabiskan banyak waktu terluangmu setiap hari di depannya tanpa memikirkan apapun, dan hanya menikmati program-program yg dipaparkannya. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton tv sambil menikmati makananmu, dan engkau juga kembali tidak berbicara kepada-KU.
Saat engkau mahu tidur, AKU berfikir engkau merasa terlalu penat dan lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada ahli keluargamu, AKU melihat engkau terus melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun menyebut nama-KU walaupun engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir untukmu.
Sesungguhnya AKU telah bersabar lebih lama dari yg engkau sedari. AKU bahkan ingin mengajar engkau bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu. Tiada apa mahu AKU dengarkan dari engkau melainkan sepatah kata, do’a, fikiran, atau syukur dari hatimu, yg setiap harinya AKU nantikan.
Keesokan harinya, engkau bangun kembali dari tidur seperti biasa, & AKU juga kembali menanti dgn penuh kasih bahawa hari ini engkau akan meluangkan sedikit waktu untuk menyapa-KU .Tetapi apa yg AKU tunggu dan harapkan itu tetap juga tak kunjung tiba. Seperti hari-hari sebelumnya, engkau tetap juga tidak menyapa AKU.
Subuh…. Zuhur…. Asar…. Maghrib …. Isya’…. dan Subuh kembali, tetapi engkau masih tidak mempedulikan AKU. Tidak ada sepatah kata, tidak ada ucapan do’a, tidak ada rasa, tidak ada harapan, dan juga langsung tidak ada keinginan untukmu bersujud kepada-KU.
Boleh AKU tahu, apa salah AKU pada engkau??? Rezeki yg AKU limpahkan, kesihatan yg AKU berikan, harta yg AKU relakan, makanan yg AKU hidangkan, anak-anak yg AKU rahmatkan… Apakah semua ini tidak membuat engkau ingat kepada AKU???
Percayalah, AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat nanti engkau akan menyapa AKU, memohon perlindungan dari AKU, dan bersujud menghadap AKU, kerana sesungguhnya engkau harus tahu dan yakin, AKU lah yg selalu menyertaimu setiap saat di waktu susah senangmu…

love is .











Kita tidak perlu takut untuk mati, 

sebab mati itu pasti akan kita alami. 

Yang harus kita takuti, ialah apa yang akan kita bawa setelah mati. 

Jadikanlah takut mati sebagai motivator atau pendorong buat kita 

untuk berlumba dalam melakukan kebajikan dan kebaikan. 

Takut kepada kematian adalah biasa dan dialami oleh hampir semua manusia. 

Perlu diingatkan, rasa takut akan mati itu haruslah dijadikan peringatan buat diri 

supaya sentiasa mengejar melakukan kebaikan 

demi mengumpul bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke akhirat kelak. 

Ya Allah, redhailah daku selama aku bernafas di dunia ini.